Sejarah Pemikiran Tokoh Ekonomi Islam (Fasa 1)

pemikiran ekonomi islamSejarah Pemikiran Tokoh Ekonomi Islam

Sejarah pemikiran tokoh silam sering mencetuskan nilai cetusan tamadun yang tersendiri. Gambaran dan idea yang dimuntahkan menceritakan seribu satu rahsia sistem tamadun ketika itu. Apa yang kita hadapi hari ini di era yang diperkatakan sebagai “Globalisasi” dengan serangan idea pemikiran yang dikatakan menghakis nilai norma ketimuran dan kewujudan hak asasi manusia tanpa batas menceritakan sejarah kebangkitan dan keruntuhan tamadun sebelum ini.

Melihat kerencaman sistem yang makin jauh dari nilai norma Islami dan keruntuhan akhlak tamadun dikalangan populasi manusia muslim, menceritakan dan menggambarkan sejauh mana nilai akidah muslim hari ini. Keruntuhan sistem kapitalis hari ini dalam ekonomi contohnya menunujukkan kekalutan pemikiran manusia yang disangka sempurna dunia barat hakikatnya menyimpang dari keamanan Islam sebenar. Sistem politik, ketenteraan, pendidikan, pentadbiran dan juga pengurusan hari ini sebenarnya amat memerlukan usaha muamalat(syariah) untuk mengambil tempat dalam hal ini.

Sistem pasaran gagal yang dirajai kapitalis hari ini yang bermatlamat keuntungan sangat dipandang berbeza tokoh ekonomi Islam dahulu. Tuduhan fahaman teokrasi yang dilemparkan Barat ke atas dunia pemerintahan Islam di zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Muawiyah, Abbasiyah dan seterusnya amat kurang tepat. Tuduhan mereka palsu belaka, pemisahan yang dilakukan golongan Athies terhadap agama dengan muamalat amatlah celaka dan tidak berguna kerana menganggap diri mereka lebih memahami manusia.

Disini penulis ingin sekali menceritakan bagaimana penulisan sejarah sebelum ini menggambarkan tokoh-tokoh seperti Mohammad Iqbal, Ibn Khaldun, Ibn Taymiyyah, Al-Ghazali, Abu Yusof dan seumpamanya yang ditulis sebagai tokoh agama 100% amatlah tidak tepat dan menyalahi nilai etika sejarah itu sendiri. Melihat kepada penulisan-penulisan mereka kita dapat lihat nilai Islam yang menganjur umatnya tunduk kepada Allah swt dan menyelongkar rahsia alam, menjadi sahutan tokoh-tokoh ini. Mereka telah lama menghadam segala asas agama Islam sehingga mencari ilmu bermanfaat lain demi kepentingan umat Islam dan membuktikan kesyumulannya berbanding agama lain.

Penulis meletakkan beberapa fasa, yang mana fasa-fasa ini hadir dari buah pemikiran tuan guru penulis sendiri iaitu Profesor Dr. Joni Tamkin Borhan. Beliau mendatangkan beberapa fasa selepas tamat zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Di antara 700 Masihi sehingga 1940-an terdapat 3 fasa diwujudkan. Tidak dinafikan sumbangan awal pembukaan Islam sebagaimana dengan kewujudan konsep tabbaru’ yang dikatakan asas takaful menurut Prof. Dr. Abdullah Alwi ketika pembukaan negara kecil Madinah sehinggalah kewujudan sistem pasaran dan cukai serta kewujudan dewan Jundi di zaman Umar al-Khattab menceritakan pemikiran ekonomi Islam diperingkat awal.

Begitupun fasa yang lebih tersusun yang lahir dari tokoh-tokoh selepas Khalifah Ar-Rasyidin melalui penulisan kitab mereka akan penulis sembahkan. Ini kerana di zaman ini bermula satu fokus teori-teori khas tentang pemikiran ekonomi Islam telah dibukukan.


Fasa Pertama (700 Masihi sehingga 1058 Masihi)

ABU YUSOF (798 M)

-Perintis pemikiran ekonomi Islam awal, dengan pengenalan kitab terkenal beliau KITAB AL-KHARAJ.
-Aplikasi teori beliau digunapakai dalam zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.
-Membincangkan kewangan secara umum, pengurusan cukai, pembahagian tanah, keseimbangan harga dan tanggungjawab kerajaan dalam ekonomi.
-Perbincangan Abu Yusuf berkaitan dengan sumbangan pertanian dan cukai yang dikenakan terhadap hasil dan ekuiti.
-Dalam kitab beliau Abu Yusof ada juga berbicara soal permintaan dan penawaran barangan dalam pasaran, kawalan harga, ihtikar(sorokon barang), monopoli dan lain.

YAHYA ADAM AL-QURASHI (818 M)

-Beliau tokoh pemikir awal yang mengemukakan teori kewangan awam di zaman Abbasi.
-Buku beliau yang terkenal bernama AL-KHARAJ juga yang tamat penulisan dan pembukuannya di zaman Khalifah al-Ma’mun.
-Yahya Adam Al-Quraishi melihat himpunan kompilasi hadith yang pelbagai menjadi asas penyelesaian pertikaian permasalahan berkaitan masalah ekonomi dalam negara terutama berkenaan isu Al-Ghanimah, Al-Fai’ dan Cukai. Ini berbeza dengan Kitab Al-Kharaj (Abu Yusof) yang meletakkan kaedah analisis undang-undang sebagai bermulanya teori penyelesaian sesutu isu dalam negara.

ABU UBAYD AL-QASIM B. SALLAM (838M)

-Terkenal dengan KITAB AL-AMWAL beliau yang menjadi kitab khas teori yang berkaitan kewangan Islam dizaman itu yang mana kedudukannya setaraf denga AL-KHARAJ (Abu Yusof).
-Dibahagian awal Kitab al-Amwal beliau banyak menceritakan pengurusan harta berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
-Secara terperinci kitab ini banyak menceritakan 3 jenis kutipan dan hasil iaitu zakat, al-ghanimah, al-fai’ dan usyur.

ABU QASIM AL-JUNAYD AL-BAGHDADI (910M)

-Merupakan tokoh sufi(sufisme) yang juga merupakan seorang ahli peniaga dan saudagar yang meyakini bahawasanya ilmu tassawuf banyak mendidiki pasaran berlaku secara adil dan saksama serta mengelak kepentingan diri dalam pasaran seterusnya membina falsafah ekonomi Islam yang tersendiri berlainan dari fitrah sistem yang jauh dari nilai Islami.
-Seterusnya menegaskan penerapan nilai sufi banyak meletakkan pasaran dalam keredhaan dan nilai usaha yang bermatlamatkan dunia dan akhirat serta berlandaskan syariah.

AL-MAWARDI (d. 450 AH / 1058 AD)

-Tokoh Islam yang masyhur ini memiliki idealistik tersendiri. Latar belakang beliau yang terlibat dalam politik dan pentadbiran kerajaan telah memungkin hadirnya KITAB AL-AHKAM AL-SULTANIYAH di dunia ini.
-Kitab ini banyak menyentuh perkaitan ekonomi Islam dalam konteks Makro seperti meguruskan pendapatan dan perbelanjaan, menjaga hak awam, dan hak istimewa dalam meluaskan pasaran.
-Beliau menekan kewujudan Institusi Hisbah yang diuruskan muhtasib selaku jurubicara keadilan dalam pasaran.
-KITAB ADAB AL-DIN WA DUNYA, merupakan kitab menyentuh perihal falsafah ekonomi Islam menurut Al-Mawardi contohnya perilaku pasaran, kebajikan dan menjadi muslim yang baik.
-Kitab ini juga membicarakan pertanian, penternakan, perdagangan dan perindustrian sebagai empat sektor utama.
-Beliau juga menyentuh perihal kewangan Islam mengenai prinsip al-Mudharabah dalam kertas kerja beliau yang dinamakan al-Hawi.


Kesimpulan Fasa Pertama

Fasa pertama melihatkan pembukuaan awal secara penulisan dan pembentukan teori yang banyak diaplikasikan dalam kehidupan dan sosiologi kemanusian ketika itu. Tokoh-tokoh agama yang dilihat dari kaca mata golongan barat ini sebenarnya duduk sama tinggi dalam pentadbiran kerajaan demi memastikan muamalat yang bertepatan dengan syariat terbina.

Fasa ini melihatkan kelahiran beberapa pakar fiqh dan sufi yang membentuk hukum ekonomi Islam sama ada dibina dari sudut falsafah ataupun perundangan. Al-Qasim Al-Junayd Al-Baghdadi sendiri memperlihatkan pemikiran sufi beliau tidak pernah menghalang dari keterlibatan dalam muamalat dan meyakini falsafah dari sufisme dalam membentuk pemikiran Islam berbanding tokoh lain yang membinanya dari analisis perundangan mahupun kompilasi hadith.

Sumber : http://pelitaperjalanan.blogspot.com

About these ads

One response to this post.

  1. [...] Buku : Keunggulan ekonomi Islam : mengkaji sistem ekonomi Barat dengan kerangka pemikiran sistem ekonomi Islam Penulis : Syahid Muhammad Baqir ash-Shadr Penerjemah : M Hashem Penerbit : Pustaka Zahra Halaman : [...]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: